PAS : Pemujaan dan Ketabsuban TERLAMPAU ...HALALKAH??
AL-ARQAM dikatakan kumpulan ajaran sesat kerana pemujaan yang melampau terhadap kepimpinan Ashaari Muhammad (Abu Ya). Pada saya selain dari kerana pemujaan dan ketaksuban melampau terhadap Ustaz Ashaari sebagai pemimpin utama al-Arqam, cara hidup kumpulan itu memang selari dengan Islam dan pertubuhan itu mampu mewujudkan kerajaan Islam.
Dalam pada itu ajaran Ayah Pin dilihat sesat antara puncanya adalah kerana pendewaan, pemujaan dan ketaksuban terhadap Ayah Pin. Malah pada umumnya kebanyakan ajaran dianggap sesat kerana pemimpinnya dipuja ditaksubi.
Tetapi bolehkah Pas dianggap suatu pertubuhan yang selari dengan Islam sedangkan berlaku pemujaan dan ketaksuban yang melampau dalam parti itu, sehingga ada yang percaya menatap gambar Mursyidul Am pun sudah dapat pahala.
Bagimana pilak dengan AnWAR? Golongan muda ini yang menjadi penaksub kepada sesetengah pemimpin PR kadang-kadang sudah tidak rasional! Mereka tidak mahu dikritik dan tidak mahu mendengar cerita-cerita negatif mengenai kumpulan mereka. Bagi mereka PR dalam keadaan baik tanpa ada sesiapa lagi yang boleh mengugatnya. Pendeknya PR perfect semuanya.
Apakah kepercayaan sedemikian dibolehkan dalam Islam? Bukankah ianya bersifat mentaksubi sesama manusia dan boleh mendorong kepada akan bersifat memBERHALAkan sesama manusia?
Alim ulamak dan kalangan mereka yang bertauliah patut mengambil risiko untuk membuat teguran kerana ianya berkaitan dengan akidah. Kalau ianya bertentangan dengan Islam tetapi tidak ditegur atas apa sebab dan alasan sekali pun, bagi saya, yang tahu tapi tidak tegur akan berdosa.
0 comments:
Post a Comment