Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, July 23, 2009

Memahami Pemikiran Nik Aziz yang sering BERUBAH.

1. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah. “Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini.

2. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti. Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

3. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu. "Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. "Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ,"

4. Ketika diminta mengulas kenyataan Dr. Zambry yang mahukan ulama Pas memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar itu, Nik Aziz tidak mahu mengulas, sebaliknya membalas dengan jawapan di luar pertanyaan. Beliau mempertikaikan kesahihan pengambilalihan kerajaan negeri Perak oleh BN yang dianggapnya bertentangan dengan amalan demokrasi. "Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambry) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim.


Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan. Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu. Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

Sumber : Utusan 

Fadhilat Amal :Diriwayatkan dari Barirah, dari Nabi saw bahawa Nabi bersabda : "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat beberapa kamar yang luasnya dapat dilihat dari dalam dan sebaliknya. Kamar-kamar itu disediakan Allah untuk orang-orang yang saling menyayangi, orang yang mahu saling mengunjungi dan untuk orang yang saling membantu kerana Allah"

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

eXception July 23, 2009 at 11:05 AM  

Nik Ajis sentiasa flip flop poppy.... Hu hu hu hu... Kalah Samy Vellu dia punya putar belit....

eXception-Bukan Sekadar Blog Picisan

Anonymous,  August 6, 2009 at 10:07 PM  

lebaymans nak tanya,mana mazhab gerombolan,mengaku islam,tidak patuh dan tidak taat perintah ALLAHswt. contoh pie eim yg pertama hingga ke enam,isterinya tak menutup aurat,di sisi ALLAHswt, ulama dan umarak wajib dilantik dari kekuatan kemantapan akidahnya.hidup sekiranya dunia je kesudahannya,tak rugi mana bangsa bangsa yang ada di dunia ni,cuma di ingatkan,AKHIRAT memang berlaku,maka cilakalah golongan yang tidak taat dan tidak patuh perintah ALLAHswt semasa di dunia,sepertimana kafir terpedaya kelak.WAALLAHUALAM.

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP