Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Monday, July 27, 2009

MB Selangor : Blogger mesti ada etika

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa setiap bloggers perlu mempunyai etika dalam membuat laporan agar setiap laporan yang diutarakan merupakan maklumat yang sahih.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri sangat mengalu-alukan laporan dibuat bagi membuktikan kebenaran sesuatu fakta yang menyeleweng.

"Kalau berlaku penyelewengan, tanggungjawab masyarakat bukan sahaja menulis dalam blog saja tetapi membuat laporan kepada pihak yang boleh mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar," beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan penyelewengan exco kerajaan negeri.

Penyelewengan ini dikaitkan dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock baru-baru ini di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Plaza Masalam.

Blog berkenaan mendedahkan dengan mendakwa bahawa berlaku penyelewengan yang melebihi 300 buah projek kecil yang bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan exco terbabit.

Beliau menambah, ada laman blog diwujudkan bertujuan untuk memberi satu pandangan buruk kepada pihak yang disasarkan dan berharap setiap penulis blog mempunyai etika supaya maklumat yang dikemukan adalah benar.

"Kita pantau. Kalau betul dakwaan benar-benar berlaku kita ambil tindakan tetapi sekarang kita harap bloggers jangan jadi agen kepada pihak tertentu.

"Kerana mereka dianggap sebagai kumpulan yang menghormati kebebasan media dan keadilan kepada masyarakat," beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan merasmikan Pesta Buku Negeri Selangor 2009 di sini, semalam.

KOMEN : STRATEGI PAKATAN MENGGUNAKAN BLOG MEMBURUKKAN BN SEKARANG DUGUNAKAN KEMBALI UNTUK MENGHENTAM PAKATAN.....MB SELANGOR TAK SUKA....BEGITU JUGA BN....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP