GOLONGAN MUDA PAKATAN GELOJOH
Petikan dari blog MSO : KALANGAN anak-anak muda, bawah 40 tahun mungkin tidak dapat merasai apa yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) sehari dua ini atau mereka tidak mahu mempedulikannya. Mereka yang sarat dengan semangat ingin melihat perubahan dan excited unutk menukar kerajaan baru tidak mahu mempedulikan apa yang berlaku. Mereka teramat benci kepada UBN. Lantaran itu mereka memejamkan mata dan memekakan dari melihat dan mendengar itu semua.
Kerana betapa kuatnya semangat dan rasa ghairah itu menyebabkan jika ditulis atau dicatatkan sesuatu yang negatif mengenai Pakatan Rakyat, mereka akan marah dan memberontak. Apa yang mereka mahu ialah yang positif saja walaupun yang pun positif itu retorik semata-mata. Golongan muda ini yang menjadi penaksub kepada sesetengah pemimpin PR kadang-kadang sudah tidak rasional! Mereka tidak mahu dikritik dan tidak mahu mendengar cerita-cerita negatif mengenai kumpulan mereka. Bagi mereka PR dalam keadaan baik tanpa ada sesiapa lagi yang boleh mengugatnya. Pendeknya PR perfect semuanya.
Pandangan dan pendekatan yang pemimpin mereka ambil dikira terbaik dan tepat. Mereka menerima apa yang ada bagaikan ikan lapam Jawa menelan ketulan kuning yang jatuh ke dalam air. Bagi mereka tidak ada timbang tara lagi dengan pendekatan, perjuangan yang pemimpin mereka lakukan. Semuanya dianggap baik. Bagi mereka apa yang pemimpin mereka lalukan meskipun menyalahi undang-undang atau melanggar tatacara budaya dan hukum agama tidak dipedulikan lagi.
Apa yang mereka tahu PR bila-bila masa saja akan mengambil alih kekuasaan. Lantaran itu kalau diceritakan mengenai masalah dan kelemahan PR mereka jadi histeria dan menuduh pengkritik dengan berbagi-bagai tuduhan. Mereka membalunya dan menuduh pengkritik sebagai musuh.
Golongan ini sudah tidak rasional bagi saya. Justeru sikap dan pendirian mereka tidak boleh diterima sebagai pemandu arah masa depan politik. Dalam erti kata lain kecerdikan dan profesional mereka dalam bidang yang mereka pelajari tidak menjamin membawa kesejahteraan politik yang diharapkan. Mereka lebih menggunakan nasfu dan naluri daripada akal fikiran.
KOMEN : AKU SETUJU SANGAT DENGAN LUAHAN MSO. TENGOKLAH APA YANG BERLAKU DI UM ..ANAK-ANAK MUDA YANG SUDAH GELOJOH BERPOLITIK. BERPOLITIK TAK SALAH TAPI DENGAN MINDA YANG JERNIH DAN TENANG. INGAT ALLAH ADA UNTUK MENGHUKUM MANUSIA...SIAPA PULAK KITA NAK MENGHUKUM MANUSIA...LEBIHKAH KITA DARI ALLAH???? YANG BETUL DISOKONG YANG SALAH DISANGGAH WALAUPUN SATU PARTI ITULAH PERJUANG SEBENAR!!!
0 comments:
Post a Comment