Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, June 18, 2009

Benarkah mereka ini BONEKA AnWAR dalam PAS?

Sepuluh Ahli Parlimen Pas menyatakan sokongan kepada ketegasan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang rundingan oleh parti itu jika menjurus kepada kerajaan perpaduan.
Jurucakap kumpulan itu, Dr Hatta Ramli (Pas-Kubang Kerian) berkata beliau dan rakan-rakannya menyokong pendirian Nik Aziz mahukan ahli-ahli berpegang kepada keputusan muktamar PAS.

“kami ahli-ahli parlimen pas ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan muktamar pas yang sebulah suara mahu pas memperkukuh Pakatan rakyat dan menolak sebarang kerjsama dengan Umno-Barisan Nasional termasuk isu Kerajaan Perpaduan yang heboh dan panas diperkatakan,” tegas beliau.

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, persoalan kerajaan Perpaduan ini tidak pernah menjadi agenda Pas seperti yang disebutkan oleh wakil rakyat Pas semalam di Dewan Rakyat," kata Dr Hatta.

Sepuluh Ahli Parlimen terbabit menandatangani kenyataan akhbar yang di bacakan kepada media di Parlimen hari ini.

Mereka adalah Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkifli Ahmad (Pas-Kuala Selangor), Kamaruddin Jaffar (Pas-Tumpat), Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Pas-Titiwangsa), Taib Azamuddin (Pas-Baling), Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar), Siti Zailad Mohd Yusof (Pas-Rantau Panjang), Mohd Hayati Othman (Pas-Pendang) dan Khalid Samad (Shah Alam)

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP