Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Monday, May 18, 2009

Teknik Peperangan di PENANTI high level.

Antara perkataan yang keluar dari penyokong PAKATAN bila DS Najib umumkan tidak bertanding di PENANTI ialah penakut, bacul, ada hantu ke, takut mati, pengecut, mengaku kalah, berita pelik, bodoh dan banyak lagi lah perkataan negatif.

Pendapat aku secara peribadi ini adalah keputusan yang bijak. Pemilihan di PENANTI adalah peperangan peringkat tinggi yang ada banyak muslihat disebaliknya. PAKATAN sangat mengharap BN masuk gelanggang supaya peperang boleh berterusan. Peperangan ini banyak tujuan, mungkin untuk membuktikan siapa lebih kuat, mungkin untuk menghangatkan emosi rakyat dan mungkin juga untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu-isu tertentu.

Dalam peperangan tidak semestinya sesuatu pasukan akan terus menyerang. Ada banyak peperangan dimana Panglima Perang berundur selangkah kebelakang untuk mengumpul kekuatan dan memancing emosi pihak lawan. Rasulullah saw juga pernah menggunakan teknik begini. Pihak lawan jadi bingung, marah dan sangat beremosi.

Untuk kes PENANTI aku cadangkan BN lantik wakil khas untuk mewakili pengundi BN yang setia tu. Wakil itu mesti seseorang yang berpengaruh sebagai tanda bahawa mereka tidak disampingkan.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

3 comments:

Jentayuabaka,  May 18, 2009 at 11:57 PM  

pandangan yang menarik dan bijaksana

Lin May 19, 2009 at 3:23 PM  

salam persahabat sdr denai...

setiap pemimpin mempunyai strategi dan pendekatan masing-masing...

mereka lebih tahu apa yang hendak dilakukan...

kita tunggu bagaimana gelagat anwar selepas ini..

salam

Ir. hydir May 20, 2009 at 4:59 PM  

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia yang parti pemerintah tidak menghantar wakil bertanding pilihanraya ...

disebabkan itu, ia menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong Pakatan dan BN.

Kerajaan BN telah mengatakan mereka tidak akan support calon bebas jika ada kelak.

Peperangan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan datang dari hati yang ikhlas yang tidak terpengaruh dgn wang ringgit, pangkat, harta dan wanita. Berjuanglah untuk rakyat walaupun mungkin keputusannya adalah pahit untuk diterima.

Bukankah itu tanggungjawab yg perlu dipikul?

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP