Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Sunday, May 24, 2009

HINDRAF : Siapa UTHAYAKUMAR di sisi ANWAR?

‘authayakumar’ (uthayakumar) yang baru dibebaskan dari ISA berkecimpung dengan AnWAR sejak 1995 lagi. Saya diperkenalkan dengan Uthayakumar oleh bekas SUSK AnWAR, di pejabat TPM ketika majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri pada tahun tersebut. Uthayakumar yang ketika itu punya masalah dengan firma guaman beliau. Uthaya dikhabarkan mengunjungi pejabat AnWAR beberapa kali untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini ada kaitan dengan pengurangan jumlah cukai perkhidmatan yang harus dibayar oleh firma guaman Uthaya kepada pihak kastam.

Saya tidak pasti berapa jumlahnya namun pertolongan AnWAR amat bermakna buat Uthaya. Uthaya melahirkan penghargaan yang amat tinggi kepada AnWAR kerana menurut beliau jabatan Kastam tidak mahu bekerjasama mengurangkan jumlah cukai tersebut. Namun dengan campurtangan AnWAR sbg Menteri Kewangan ketika itu, pengurangan jumlah cukai dapat dilakukan. Saya terpandang Uthaya kali kedua di rumah AnWAR Bkt. Damansara selepas AnWAR dipecat. Ketika itu AnWAR mengarahkan Uthaya menjadi sebahagian dari pasukan peguamnya dengan menjaga penyokong reformasi AnWAR. Kami tidak dibenarkan masuk ke rumah AnWAR atas alasan keselamatan. Adik AnWAR, Rosli Ibrahim yang keluar masuk di rumah AnWAR memaklumkan perkara-perkara penting yang dibincangkan di dalam rumah. Sejurus kemudian Uthaya keluar dan memberikan ucapan ringkas memaklumkan beliau akan membela AnWAR kerana AnWAR pernah berjasa kepadanya. Khidmat yang ditawarkan adalah PERCUMA sebagai membalas jasa AnWAR terhadapnya.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP