Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Saturday, May 23, 2009

1Malaysia realiti sebenar rakyat negara ini

Konsep 1Malaysia merupakan konsep yang berpaksikan bumi nyata dan realiti sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata secara realitinya masyarakat berbilang keturunan dan agama di negara ini perlu bersatu bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh.

“Kalau kita dapat menyatukan masyarakat menjadi satu rakyat dengan satu impian, kita jadikan Malaysia sebuah negara lebih kuat, gagah perkasa dan berjaya,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung/perwakilan tahunan ke-15 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PKKM) bahagian negeri Pahang di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Najib menegaskan konsep 1Malaysia tetap akan mempertahankan Perlembagaan Negara.
“Menerusi konsep 1Malaysia ini, tidak ada kumpulan besar atau kecil yang akan terpinggir dan tidak diberi perhatian oleh kerajaan, sama ada di kampung, bandar atau rumah panjang, semua dapat perhatian kerajaan,” katanya.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP